tolong kelik

hantu sesat

'create

Followers

time is priceless!!

Sunday, August 15, 2010

oh bulan posa

wah nampaknya sudah 5 hari kita berada dalam bulan ramadan....
tetapi sudah lama saya tidak mngupdate belog burok ini....
apakan daya...
masa untuk saya TIDUR sangat menyemburui belog ini..
maka terbiarlah ia keseorangan tanpa ada yang sanggup menegur..
lalu belog ini pon bermonolog sendirian...
kenapalah tuanku yg comel ini jarang menjengukku :)
haha

ok berbalik kepada tajuk diatas....
sebenarnya....
pada hari ini iaitu 15/08/10 adalah hari ahad 
bersamaan ngn bapa ramadan eh...
*lupa keh dok posa sedia..bulan xramadan pon dok posa gak(time tdoq)

dan juga bersempena dengan hari inilah
saya telah berkesempatan untuk melakukan lawatan sambil membeli makanan dia satu tempat yang banyak bumbung berwarna putih....
kelihatan orang ramai berpusu-pusu mengunjungi tempat berkenaan...
(seperti coklat mencurah2 keladang gandum dlm iklan coco crunch)

perkara itu membuatkan saya juga teringin hendak melihat tempat kejadian...
oleh itu saya dengan bersusah payah menStart motosikal dan kemudian memulas minyak dengan kelajuan maksimum 40km/j kerana takut terlanggar manusia2 yang sedang ramai itu...

saya selamat sampai ke tempat kejadian dengan jaya nya...
setelah saya perhatikan..
rupa rupanya manusia yg ramai itu sedang membeli makanan...
oh baru saya tahu saya telah tiba ke bazaar ramadan di stadium darul aman...
kelihatan juga mereka yang membeli makan dengan banyaknya...
sehingga mereka berjalan seperti penguin kerana membawa beban makanan di kedua dua belah tangan mereka


saya juga tidak ketinggalan untuk membeli....
hanyalah 2bngkos nasik yang saya mampu beli....
setelah itu saya berjalan bersama rakan rakan saya untuk mencari makanan yang seterusnya
namun tidak jugak saya temui 
makanan yang sudah lama saya cari...
iaitu PENGUIN GORENG black paper :)

dalam perjalanan saya jugak pelek dengan sesetengah manusia yang suka membrek di tengah2 jalan yang nyaris menyebabkan banyak nyawa terancam....
mereka seolah2 lupa tujuan asal mereka untuk membeli makanan disebabkan isteri mereka di rumah malas masak....
mereka sibuk bercakap sahaja.....

tiba2 baru saya teringat saya terlupa untuk membeli minuman isotonik iaitu fresh orange kegemaran saya...
oleh itu saya berjalan semula dan akhirnya dengan menggunakan pelan serta kebijaksanaan saya membaca arah kompas akhirnya saya tiba di hadapan kedai yang menjual jus buah buahan 


ramai juga mereka yang sedang menunggu giliran untuk membeli....
dalam ramai orang itu ada 2 owg awek yg rambotnya berbau perapi SUNSILK...
mungkin sebotol habis mereka gunakan....
agak comel tetapi mungkin baru keluar dari hutan belantara....
mungkinkah mereka anak tarzen yang dicari2...
itu saya tidak tahu.....

tahukah anda mengapakah saya mengatakan sedemikian
lihatlah gambar di bawah


adakah anda tahu ini air apa......
saya tidak tahu anda juga tidak tahu bukan??
tetapi awek lawa 2 owg yg cakap KL er er er er tadi 
dengan perasaan slumber nya tanpa perasaan malu telah bertanya
kepada pemilik gerai.....
beginilah pertanyaannya yang berlaku beberapa cm dihadapan saya....
"abang ni air TEMBIKAI eh??"
hahaha

saya dan rakan rakan tanpa membuang masa dan bersepakat terus mengeluarkan bunyi gelak hahahaha
sejurus selepas kejadian...
awek itu terus meninggalkan tempat kejadian tanpa membeli "JUS TEMBIKAI" di atas
hahahaha



persoalan yang timbul 

  • mungkinkah di KL air tembikai mereka berwarna seperti di atas
  • munkinkah perapi sunsilk tersebut telah memberi kesan kepada mangsa
  • atau mungkin untuk control cun...dia xpakai spek haha
pelek2.....


p/s: still tergelak bila dok ingt


porenjes merah :)

1 comment:

....mieyla de buberiesz.... said...

isy2...
bulan pose pown nk kutuk owg kew
wahai daq comey !!!!

kelik pelis

 
Themes by: acerap comel.
------------------------------------------------------------------------------------ ace r a p ---------------------------------------------------------------------------------